Mar 301 min

Pengerusi MPN Sabah sumbang bakul makanan kepada warga emas

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam (gambar, berbaju putih) kelmarin menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada warga emas di Masjid Kg Mamaitom, Tenom, Sabah.

Dr Sangkar turut berbuka puasa bersama jemaah masjid di situ.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Barani Ambise dan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tenom, Norsiah Yakob menziarahi jemaah Masjid Kg. Baru Jumpa.

Turut hadir Datin Rufinah Pengeran, Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sabah dan Junaidah Makku, Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah merangkap Ketua Wanita KEADILAN Sipitang.

    1