Apr 191 min

Pengerusi MPN Sabah iringi lawatan Menteri Pendidikan

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam (belakang, berkemeja putih) semalam mengiringi lawatan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke beberapa institusi pengajian di negeri itu.

Menurut satu kenyataan, Dr Sangkar mengiringi Fadhlina melakukan lawatan kerja di IPG Kent dan juga Institut Aminuddin Baki di Tuaran.

"Kedatangan YB Menteri mendapat sambutan luar jangka dari kakitangan warga pendidik dan pelajar yang mengambil peluang mendengar amanat beliau serta tidak melepaskan peluang mengambil foto kenangan," kata kenyataan itu.

Turut mengiringi lawatan Fadhlina yang merupakan Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu ialah Ketua Cabang Kudat, Stefly Said; Ketua Cabang Ranau, Peter Sumping; Timbalan Ketua Cabang Pensiangan, Johani Anduo; Ahli MPN, Cikgu Modily; Ahli MPN, Datin Rufinah Pengeran; Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Ketua Wanita KEADILAN Pensiangan, Junaidah Makku; Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Maria Durasin; Ketua Wanita KEADILAN Penampang dan Ketua Wanita KEADILAN Ranau, Rosenin Lontom.

    1