Apr 231 min

Pengerusi INSKEN raikan tetamu dalam jamuan Aidilfitri

Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Mustaffa Kamil Ayub (enam dari kanan) baru baru ini meraikan tetamu di Rumah Terbuka INSKEN 2024 yang diadakan di Semarak Hall, Cyber Jaya.

Beliau bersama isteri Rusiah Abdul Samad serta CEO INSKEN, En Firdaus dan kakitangan agensi itu meraikan kira kira 3,000 orang tetamu.

"Tetamu utama termasuklah YBM KUSKOP Datuk Ewon Benedict, KSU Datuk Seri Suriani, TKSU Datuk Zamri, TKSU Pn Afifah serta sejumlah pimpinan utama pelbagai segmen masyarakat.

"Sejumlah 30 gerai pelbagai juadah kelolaan Alumni INSKEN disediakan. Majlis juga dimeriahkan dengan hiburan lagu raya kumpulan Monokot," katanya dalam kenyataan.

Mustaffa yang sebelum ini popular menganggotai NGO pro reformis turut mengundang beberapa pemimpin dan AJK NGO dalam jamuan berkenaan.

    2