Apr 241 min

Pendidikan STEM perlu diarus perdana di sekolah Bandar Tun Razak

Pendidikan berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi atau pun STEM perlu diarus perdanakan di sekolah sekolah di kawasan Bandar Tun Razak.

Ahli Parlimen Bandar Tun Rzak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, jurusan berkaitan STEM amat diperlukan pada waktu ini kerana negara menerima pelaburan industri berteknologi tinggi secara besar besaran sejak setahun lalu.

Katanya, anak anak sekolah perlu digalakkan oleh ibu bapa mereka mengambil mata pelajaran yang menjurus ke arah STEM bagi menyediakan tenaga mahir secukupnya pada masa hadapan.

"Kita buat satu (kempen) pendedahan terutama anak muda di Bandar Tun Razak, di 13 buah sekolah. Kita mahu lebih ramai mengambil jurusan STEM

"Jurusan itu berikan kita satu pool (pilihan) anak muda (jurusan) teknikal. Kalau ada pelaburan, kita ada tenaga kerja di perlukan," katanya ketika ditemui pemberita usai merasmikan Engineering Day Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Dewan Seri Sarjana, Uniten pagi tadi.

Ditanya mengenai kekurangan minat generasi muda kepada pendidikan STEM, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan pada waktu ini sedang berusaha keras bagi mengembalikan minat mereka ke bidang berkenaan dengan menawarkan pelbagai iniovasi baharu melalui bidang tersebut.

"Kita berikan mereka pendedahan, tarikan baharu. Sekarang ini ada jurusan robotik, AI (kecerdasan buatan), tenaga solar. Ini menunjukkan kita ada inovasi yang baharu, dan kita beri galakan.

"Alhamdulillah ini adalah satu ada road map. Kita ada cara, hala tuju yang baik, yang boleh membangunkan Malaysia," katanya.

Dr Wan Azizah berharap dengan galakan anak muda menceburkan diri ke dalam jurusan STEM maka negara akan melahirkan lebih ramai jurutera berkualiti pada masa hadapan bagi memenuhi permintaan pekerja mahir di sektor industri yang berasaskan robotik serta kecerdasan buatan.

    1