Aug 4, 20211 min

Pembangkang tolak kepimpinan PM Mahiaddin

Parti-parti dan Ahli Parlimen Bebas Pembangkang menolak usaha Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin untuk meneruskan pemerintahannya sehingga sesi Parlimen September ini bagi di Undi Percaya bagi memastikan beliau mempunyai majoriti.

Hal itu ditegaskan di dalam kenyataan bersama Ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen Pembangkang hari ini.

"Ahli-Ahli Parlimen PH bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan PM Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

"Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

"Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Datuk Masir Kujat (PSB) dan Dr Maszlee Malik (Bebas).

    0