Jan 17, 20211 min

Pelabur asing akan keluar, tiada pelaburan baharu masuk?

Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak 11 Januari lalu mungkin memberi kesan kerosakan besar kepada ekonomi negara.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen tidak menolak andaian pemerhati politik bahawa darurat akan menyebabkan pelabur asing yang menanam modal di Malaysia menarik keluar pelaburan mereka manakala pelaburan langsung asing (FDI) enggan masuk.

Menurut William, tiada pelabur akan menanam modal di negara yang tidak stabil politiknya dan kerajaan boleh membuat undang-undang baharu hanya melalui dikri darurat tanpa didebatkan di Parlimen.

"Kita juga khuatir pelabur asing akan keluar dari negara kerana masalah politik hari ini dan dengan adanya darurat ini, ia memberi masalah kepada pelabur tempatan juga.

"Rakyat sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua, kenapa perlu darurat lagi?" soalnya.

Beliau bertegas, keadaan pandemik Covid 19 di Singapura dan Indonesia juga buruk, namun kedua-dua negara itu tidak melaksanakan darurat sebagaimana Malaysia.

    1