Jan 3, 20221 min

Parlimen Hang Tuah Jaya dilanda banjir, perlu derma, sukarelawan

Banjir besar yang melanda Melaka sejak semalam menyebabkan kawasan rendah di Parlimen Hang Tuah Jaya ditenggelami air

Berbeza dengan kawasan lain di Melaka, sebahagian kawasan Hang Tuah Jaya acap kali dilanda banjir kilat akibat kurangnya sistem saliran sempurna dan tebatan banjir

Menurut Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, banjir kali ini agak buruk dan menenggelamkan banyak kawasan yang biasanya tidak menghadapi masalah banjir kilat.

Beliau yang telah dua hari membekalkan makanan bermasak kepada mangsa mangsa banjir, semalam bergegas membeli barang barang keperluan untuk mangsa banjir yang bermalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam video tular berdurasi 42 saat, Shamsul turut merayu bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya yang telah dilanda musibah berpanjangan.

"Ini untuk rakan rakan yang terpaksa beralam di PPS dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Kalau ada sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi saya di talian 019 3413312," katanya.

Beberapa video lain menunjukkan beliau melawat mangsa banjir sehingga paras lutut, dan menyerahkan bekalan makanan kepada mangsa yang enggan berpindah ke PPS.

Shamsul segera membeli toto (troli belakang) dan keperluan lain untuk mangsa banjir di PPS

    1