Aug 17, 20201 min

Pakej Rangsangan Covid-19 Harus Tumpu Food Security

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berpendapat pakej rancangan ekonomi melawan impak Covid 19 bernilai RM300 bilion sejak Mac 2020 gagal memberi kesan janaan ekonomi yang diharapkan.

Menurut Sivarasa, kerajaan Perikatan Nasional lebih fokus kepada memberi bantuan tunai yang menaikkan populariti mereka dalam kalangan rakyat berbanding memulihkan Industri Kecil dan Sederhana.

Pakej ransangan juga tidak menumpukan kepada membina industri baharu seperti teknologi hijau dan keselamatan makanan (food security)

Malaysia katanya terpaksa mengimport bahan makanan RM60 bilion setahun. Sekiranya Malaysia mengeluarkan sendiri bahan makanan maka banyak dana boleh dijimatkan dan banyak peluang pekerjaan boleh terhasil.

    0