Jan 12, 20221 min

Pak Den, pejuang reformis meninggal dunia

Pak Den Gayong atau nama penuhnya Saeden bin Wateh meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.

Beliau merupakan pejuang yang sering bersama sama reformis lain sejak dua dekad lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dalam ucapan takziahnya menganggap pemergian Pak Den satu kehilangan kepada keluarga besar reformis.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Saeden bin Wateh atas pemergian beliau jam 2 petang tadi.

"Saya kenali Allahyarham sejak saya mula hadir ke Parlimen Malaysia pada tahun 2010. Sejak akhir-akhir ini, Allahyarham memang kurang sihat dan terpaksa menjalani rawatan di HKL.

"Jenazah akan dikebumi selepas Isyak malam ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang beriman," katanya.

    0