Dec 27, 20231 min

P'raya PBT: Jangan main isu perkauman di Kuala Lumpur

Tindakan parti pembangkang yang cuba memainkan api perkauman dengan memanaskan isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur amat dikesali.

Sebelum ini terdapat pemimpin parti pembangkang di Wilayah Persekutuan yang mendakwa sekiranya dilaksanakan pilihanraya PBT maka kaum tertentu akan menguasai jawatan di bandaraya itu kerana semua parlimen adalah bermajoritikan kaum Cina.

Bagaimanapun, program anti-fitnah terbitan Kementerian Komunikasi menafikan dakwaan berkenaan.

Penyelidikan mereka mendapati dua kawasan parlimen iaitu Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur bermajoritikan orang Melayu.

"Di akaun media sosial sebuah parti pembangkang mendakwa kaum tertentu akan memonopoli jawatan sekiranya pilihanraya PBT diadakan di ibu negara.

"Turut terkesan kawasan campuran yang dikuasai kaum sama seperti parlimen Lembah Pantai dan parlimen Bandar Tun Razak.

"Semakan pasukan Biar Betul mendapati hal itu merupakan fitnah. Perkara itu turut dinafikan Ahli Parlimen Fahmi Fadzil yang merupakan wakil rakyat Lembah Pantai.

"Memetik statistik Suruhanjaya Pilihan Raya, memaklumkan majoiti pengundi di dua parlimen berkenaan adalah kaum Melayu. Setakat tahun lepas 59% pengundi Melayu direkodkan di parlimen Lembah Pentai manakala 62% di Bandar Tun Razak. Sekiranya pengundi Melayu adalah majoriti benarkah kedudukan mereka terancam," katanya.

Memanaskan isu perkauman dan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur mungkin mempunyai sebahagian taktik mengimbau hal lama kerana rusuhan 13 Mei 1969 yang pernah terjadi di Kuala Lumpur berpunca daripada perjalanan pilihanraya PBT.

Selepas insiden terbabit pilihanraya PBT tidak lagi diadakan di Malaysia.

    1