Oct 31, 20201 min

Oktober bulan kesedaran kanser payudara - Raiyan

Golongan wanita diseru supaya lebih berpengetahuan mengenai penyakit kanser payudara sempena Oktober Bulan Kesedaran Kanser atau ‘Pink October Awareness’.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Raiyan Rahim Ghouse berkata, kesedaran mengenai simtom-simtom kanser payudara perlu diterapkan dalam kalangan wanita Malaysia kerana ia adalah antara penyakit utama dan menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap penyakit tersebut.

“Sempena kempen #pinkoctober, saya ingin mengajak semua golongan wanita untuk menjalani saringan kanser samada di rumah ataupun melalui ultrasound dan mammogram di hospital.

“Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran berkenaan Kanser Payudara.

“Pada hari ini (Sabtu) saya ingin menjemput semua golongan wanita untuk memakai warna merah jambu (pink) dan mengambil ‘selfie’, berkongsi foto tersebut di media sosial dengan menggunakan #pinkoctober dan membantu meningkatkan kesedaran berkenaan saringan awal Kanser Payudara.

“Sila tag saya, supaya saya pun dapat lihat gambar-gambar #pinkoctober saudari sekalian,” kata Raiyan yang juga Ahli Kaukus Srikandi KEADILAN.

    0