Dec 5, 20201 min

NGO FoodbankJB beri sumbangan keperluan harian

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mengucapkan terima kasih kepada kepada sukarelawan #TheLostFoodProject dan #FoodbankJB yang bertungkus lumus menjayakan agihan sumbangan barang makanan dan penjagaan diri kepada 200 buah keluarga di Flat Sri Stulang serta PPR Iskandar baru-baru ini.

"Saya bersyukur dengan komitmen dan kesungguhan mereka membantu kerja kemasyarakatan.

"Bagi keluarga yang tidak mampu turun seperti keuzuran, sukarelawan turut menghantar sumbangan ke rumah.

"Walaupun saya tidak dapat bersama kerana terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur lebih awal atas urusan Parlimen, Alhamdulillah program berjalan lancar," katanya.

Akmal mengalu-alukan kerjasama antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru dan kedua-dua NGO itu pada masa akan datang.

    0