Dec 19, 20231 min

MP Sungai Petani anjur program khatan kanak kanak

Oleh: Abdullah Zaid

Program berkhatan secara beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan sudah semestinya menjadi kelaziman buat anak-anak kecil bagi mengisi waktu keriangan bersama keluarga.

Justeru itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari menganjurkan program khatan di bawah anjuran pusat khidmatnya yang dihadiri 150 peserta.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Taufiq yang juga doktor perubatan tidak melepaskan peluang apabila turut mengambil bahagian dalam program khatan itu.

Dr taufiq bergambar bersama dua kanak kanak

"Alhamdulillah, saya berjaya khatankan 3 orang peserta awal. Selebihnya dilakukan oleh pakar perubatan yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, program kemasyarakan itu turut dihiasi dengan persembahan silat yang dikelola Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia selain dimeriahkan lagi dengan acara mandi semburan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Saya difahamkan oleh urusetia bahawa 150 lebih orang mendaftar bersama kami, alhamdulillah terima kasih buat semua yang berminat untuk sahut program yang kami anjurkan.

"Selain itu, jutaan terima kasih buat semua pihak yang memainkan peranan dengan cukup baik, pihak urusetia, bomba, ibu bapa serta waris semua," ujarnya lagi.

    2