Jun 15, 20211 min

MP Lembah Pantai mulakan program 'call centre' daftar vaksin

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memulakan program call centre bagi membantu golongan yang masih belum mendaftar vaksin Covid-19.

Katanya, inisiatif itu dilakukan bagi meningkatkan lagi jumlah pendaftaran vaksin ketika ini.

"Hari ini pejabat saya mulakan program call centre pendaftaran vaksin.

"Beberapa orang sukarelawan sudah mula menghubungi warga Lembah Pantai untuk bantu mereka yang belum daftar vaksin," katanya.

Program itu ternyata membuahkan hasil setakat ini dan Fahmi berharap dapat mendaftarkan lebih ramai penduduk Lembah Pantai.

"Setelah beberapa jam pusat panggilan ini beroperasi, kami telah berjaya mendaftarkan 10 orang warga Lembah Pantai.

"Insha-Allah aktiviti ini akan dipertingkat untuk pastikan lebih ramai yang berjaya didaftarkan nanti," katanya.

    0