Feb 142 min

Mengkritik jangan sampai hilang kewarasan

Oleh: Noraini Nordin

ULASAN BERITA: Mereka yang waras pemikirannya pasti akan dapat memaknai amanat tahun 2024 yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kerajaan Madani yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negara ini.

Sebagai anak Malaysia yang bertanggungjawab bukti kecintaan kita kepada negara adalah menjalankan amanah yang telah digalas.

Mereka yang diberi amanah melaksanakan tugasan jika dilakukan dengan ikhlas serta bertanggungjawab akan menjadi benteng yang ampuh kepada negara.

Yang kaki kritik, kaki hentam terhadap Kerajaan Madani janganlah sampai hilang kewarasan hingga merosakkan keharmonian.

Menyoroti Majlis Amanat KSN tersebut beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan perkhidmatan awam atas komitmen yang tinggi dalam berusaha mencapai ekspektasi yang diharapkan.

Empat tahun yang mencabar

Ujar Mohd Zuki , cabaran yang dihadapi dalam tempoh empat tahun ini, memerlukan bukan sahaja keringat dan titik peluh, malahan jua proses adaptasi dan tindakan penuh hikmah dalam memastikan bahtera perkhidmatan awam kekal teguh melayari ketidak tentuan dan ketidak pastian yang dihadapi.

Jelas beliau lagi fokus dan keutamaan pada tahun 2024 ini ialah 'Civil Service Reform' - islah masta to’tum berdasarkan 'Modal Insan dalam Perkhidmatan Awam’ dan 'Pelaksanaan Dasar dan Penyampaian Perkhidmatan’.

Kerajaan pratik ketelusan

Katanya, hal itu merangkumi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang telus, pantas dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

Menurut Mohd Zuki lagi dalam Kerajaan MADANI, kita akan menerajui perubahan berterusan yang menyasarkan pengurangan ketirisan, peningkatan hasil dan pengoptimuman sumber sedia ada tanpa pembaziran.

Tambah beliau lagi, hal itu sejajar dengan prinsip-prinsip keadilan sosial dan kesaksamaan yang menjadi tunggak Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Jabatan Perdana Menteri dan Perkhidmatan Awam semalam, Mohd Zuki berpesan agar penjawat awam tidak lemah semangat dengan sebarang tanggapaj negatif yang dilemparkan kepada mereka.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

    2