Redzuan Shamsudin

Feb 15, 20211 min

MB Selangor puji tindakan pantas LUAS berjaya elak gangguan air

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memuji tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mengesan dengan pantas pencemaran di Jalan Sungai Lalang sehingga berjaya mengelak gangguan bekalan air.

Dalam catatannya di Facebook, beliau berkata insiden itu berjaya dikesan pada 11 Februari lalu membabitkan sebuah kilang memproses sisa besi secara haram untuk dijadikan logam.

“Tindakan pantas dan penyelesaian segera berjaya mengelakkan henti tugas loji rawatan air (LRA) yang mampu menyebabkan gangguan bekalan air,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan ada pihak tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan hutan di Jalan Sungai Lalang berhampiran kawasan perundustrian Hi-Tech 6, Semenyih sebagai tapak pemprosesan timah.

Bagaimanapun taktik itu berjaya dikesan selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menemukan pencemaran di longkang berdekatan taman perumahan di situ.

    380
    0