Sep 7, 20201 min

MB Kurang Berpengalaman, Pentadbiran Kedah Dilanda Masalah?

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata Menteri Besar (MB) Kedah Mohd Sanusi Md Nor kurang berpengalaman dan sukar menaikkan ekonomi negeri itu sebagaimana dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Bagi Johari, Kedah mempunyai kakitangan awam yang hebat dan mampu membangunkan negeri dengan baik. Cuma perlukan pemimpin yang mempunyai banyak idea serta mampu menarik pelaburan.

Tanpa faktor tersebut dan dengan kekurangan pengalaman MB sedia ada, kemungkin ekonomi negeri tidak akan berkembang sebagaimana diharapkan.

Masalah juga akan timbul dengan exco-exco dari Bersatu dan bekas KEADILAN yang merupakan musuh Pas sejak sekian lama. Kemungkinan exco tersebut tidak melaksanakan arahan dengan pantas boleh berlaku.

MB pula tidak punya banyak waktu untuk menyesuaikan diri. Pilihan raya negeri akan berlaku dalam tempoh 2 tahun dan prestasi kerajaan beliau akan dinilai rakyat.

    2