Sep 3, 20201 min

Masuk Bersatu: Azmin Tersilap Langkah ?

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan kemasukan Menteri Kanan Azmin Ali ke dalam Bersatu sebagai tersalah langkah.

Katanya, kedudukan Azmin lebih lemah setelah menjadi ahli biasa Bersatu berbanding sebelum ini perancang Langkah Sheraton yang berpengaruh.

Dalam kalangan penyokong Azmin, mereka tidak lagi boleh menganggap Azmin bos sebaik menyertai Bersatu kerana bos baharu adalah Muhyiddin Yassin dan Faizal Azumu.

Menurut Johari, Azmin sepatutnya menubuhkan parti baharu dan kemudian masuk ke dalam Muafakat Nasional (MN). Dengan itu kedudukan Azmin sama rata dalam kalangan parti-parti komponen MN yang lain.

    0