Dec 20, 20231 min

Majikan perlu main peranan tingkat kompetensi pekerja - Steven Sim

Majikan di Malaysia perlu lebih bersedia dengan inisiatif yang boleh meningkatkan kebolehpasaran dan latihan-latihan kemahiran yang dapat mengekalkan bakat pekerja, kata Menteri Sumber Manusia.

Steven Sim Chee Keong, pengurusan dan pembangunan bakat pekerja memerlukan komitmen pelbagai hala yang bukan sahaja melibatkan persaingan tenaga kerja antara negara tetapi juga antara perniagaan.

"Majikan perlu menerima perubahan dalam pengurusan bakat bagi menentukan kebolehpasaran dan latihan kemahiran yang kompeten.

"Sama pentingnya juga, kita mahu memastikan majikan dapat menawarkan upah yang lebih kompetitif, pengurusan aturan kerja yang fleksibel dan peluang peningkatan kemahiran," katanya dipetik.

Pada kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa bertemu dengan penerima manfaat program TalentCorp serta pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia yang ditempatkan di MYXpats bagi melancarkan lagi operasi dan kemudahan fasilitasi bakat global berkemahiran tinggi.

TalentCorp merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu strategi bakat Negara ke arah hub bakat yang dinamik.

Sementara itu dalam ucapannya juga Steven mengiktiraf peranan proaktif yang dimainkan TalentCorp dalam memacu inisiatif secara berfokus dalam menjadikan Malaysia sebuah hub bakat yang dinamik.

"Agensi ini berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu meningkatkan ketersediaan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk negara melalui pelbagai program yang ditawarkan untuk bakat tempatan dan global serta bekerjasama rentas kementerian, agensi, industri dan akademia," katanya.

    1