Apr 191 min

MADA beri jaminan bekalan benih padi mencukupi

Bekalan benih padi dijamin mencukupi untuk kegunaan pesawah MADA pada musim penanaman akan datang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pihaknya yakin masalah kekurangan benih tidak akan berlaku pada musim ini.

Keyakinan itu berdasarkan pihaknya telah menyediakan sebanyak 1.5 juta beg benih padi sah untuk pesawah MADA dan jumlah itu melebihi keperluan.

"Di Kedah, ada empat kilang termasuklah Mada Corp Miller, OBL Maju Miller,Pertama Padi Miller.

"Empat kilang ini kita ada 1.5 juta beg. Di MADA kita memerlukan 771,000 beg (sahaja) dan kita ada bekalan berganda," katanya dipetik.

Sementara itu tambah beliau, harga benih padi kini turut diselaraskan antara RM54 hingga RM58 untuk setiap paket 20 kilogram (kg) bagi mengelak gangguan bekalan kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, Dr Ismail memaklumkan, pesawah di kawasan MADA menjadikan tiga varieti padi iaitu MR297,MR315 dan CL sebagai pilihan untuk tanaman padi mereka.

Pesawah jelasnya paling cenderung memilih varieti MR297 berikutan prestasi cemerlang pada musim lalu.

Bagaimanapun menurut Dr Ismail, pihaknya bersedia mempertimbangkan penggunaan pelbagai varieti padi lain untuk meningkatkan hasil tanaman padi.

    1