Jan 171 min

Lupakan kenyataan Mahathir, fokus kepada perpaduan kaum

Oleh: Abdullah Zaid

Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang gagal melihat kepelbagaian kaum sebagai aset negara adalah tidak wajar dan amat mendukacitakan.

Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, tokoh negarawan itu seharusnya yakin dengan kelebihan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan bukan mengeluarkan kenyataan merendahkan kaum bukan Melayu.

"Semua bangsa tidak kira agama mahupun latar belakang masing-masing ada kekuatan tersendiri yang membawa keunikan di Malaysia.

"Kelebihan yang ada ini menjadi sumber kekuatan kepada negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir sebelum ini yang berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri. Orang India Malaysia, katanya, tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka sebaliknya masih bercakap Tamil.

Sehubungan itu, Onn menyeru orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan sempit Mahathir yang kini lebih kerap mengeluarkan kenyataan bersifat rasis setelah diangkat menjadi penasihat PN yang mengamalkan politik perkauman dalam perjuangan mereka.

"Tidak perlu kita beri tumpuan sangat apa yang diucapkan itu, kita sepatutnya bersyukur dengan kepelbagaian yang ada di negara kita.

"Lihat sahaja negara maju, kebanyakan negara itu menggunakan kepelbagaian kaum sebagai aset mereka.

"Oleh itu, sebagai masyarakat Madani kita harus bergerak ke hadapan dan kukuhkan semangat perpaduan," katanya lagi.

    2