Feb 41 min

Lawatan Menteri MOSTI bincang perkembangan teknologi di Sabah

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam lawatannya bertemu Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Hajiji Noor semalam berbincang mengenai perkembangan bidang sains dan teknologi negeri itu.

Lih Kang berpuas hati dengan perkembangan sektor berasaskan teknologi yang pesat di Sabah.

"Terima kasih kepada YAB kerana sudi meluangkan masa. Perbincangan kami tumpu kepada pembangunan sains, teknologi dan inovasi di Sabah, terutamanya di kawasan luar bandar.

"YAB Ketua Menteri juga berkongsi pengalaman dalam usaha Kerajaan Negeri mengurangkan keluarga miskin tegar dengan mewujudkan pekerjaan baru melalui GLC dan pelabur swasta," katanya.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri di atas usaha meningkatkan kemajuan di luar bandar.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), jaminnya, akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh untuk menjayakan inisiatif murni tersebut.

    1