Jan 171 min

KIRA anjur sesi penerangan di Johor, tarik lebih ramai ahli

Oleh: Abdullah Zaid

Koperasi KEADILAN Berhad (KIRA) telah menganjurkan sesi penerangan bersama Majlis Pimpinan Wanita Johor, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KIRA, Raiyan Abdul Rahim (gambar atas, berdiri), program yang dianjurkan di selatan tanah air itu bertujuan untuk memperkenalkan proses pertubuhan KIRA dan juga penggunaan aplikasi KIRA kepada 60 anggota KEADILAN bagi mendaftarkan mereka sebagai ahli KIRA.

"Program Member2Member juga diperkenalkan sebagai sumber pendapatan sampingan untuk mereka.

"Kami berharap lebih ramai anggota KEADILAN dari negeri Johor akan menjadi ahli dan membeli syer KIRA.

"Justeru, kami bercadang untuk mengadakan satu lagi Sesi Penerangan di bahagian Johor selatan pula nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Anggota KEADILAN cari seramai mungkin ahli koperasi

Terdahulu, KIRA didaftar secara rasmi di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun lalu oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penubuhan tersebut bertujuan membantu anggota parti yang menjadi anggota koperasi dalam menjana pendapatan menerusi aktiviti perniagaan yang ditawarkan serta menjaga kebajikan anggota koperasi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan sebelum ini meletakkan beberapa sasaran untuk dicapai oleh KIRA pada tahun tahun ini.

Antaranya, melancarkan kedai KIRA dan pusat penjagaan serta asuhan kepada kanak-kanak.

Tambah Rafizi, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk membuka perniagaan penjagaan orang tua selain berharap agar koperasi tersebuat dapat membuka peluang baharu kepada KEADILAN untuk berkhidmat kepada masyarakat.

    1