Aug 5, 20221 min

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek terima serah tugas dari Fuziah

Wanita KEADILAN semalam merakamkan majlis serah tugas antara mantan Ketua Wanita Fuziah Salleh kepada ketua baharu, Senator Fadhlina Sidek di bangunan Parlimen.

Menurut kenyataan Wanita KEADILAN, majlis tersebut dihadiri oleh beberapa mantan pimpinan Wanita KEADILAN bersama pimpinan baru.

"YB Fuziah memberi pesanan kepada kepimpinan baru untuk terus maju dalam menerajui Wanita KEADILAN.

"Terima kasih diucapkan kepada kesemua pimpinan yang telah memberi khidmat bakti kepada Wanita KEADILAN di bawah kepimpinan YB Fuziah yang dikasihi," kata kenyataan itu.

Antara pimpinan wanita yang hadir semalam ialah YB Nurin Aina, Naib Ketua Wanita Pusat, Sangeetha Jayakumar, Setiausaha, Cik Loh Ker Chean serta Ketua Penerangan Wanita Pusat, Suzana Shaharudin.

    1