Apr 171 min

Ketua Penerangan KEADILAN rai hari keluarga Aki Ahintun

Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah yang juga Pemaju Masyarakat DUN Sindumin, Junaidah Makku (gambar atas, kiri) semalam meraikan sambutan Hari Keluarga Generasi Aki Ahintun, salah satu keluarga besar dalam suku Murut.

Sambutan bertempat di Kampung Keritan Ulu Keningau, Sabah dan berlangsung selama 3 hari.

"Hari keluarga tersebut menghimpunkan 11 generasi keturunan Aki Ahintun yang hadir dari pelbagai daerah dan dianggarkan seramai 600 orang hadir dalam majlis tersebut.

"Pelbagai acara telah dilaksanakan seperti sukan, persembahan tarian tradisional, menelusuri struktur organisasi generasi Aki Ahintun dan acara Kaluluran Siwa, adat kaum Murut," katanya.

Junaidah turut menyampaikan sumbangan daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam kepada 11 orang ketua keluarga generasi Aki Ahintun, selain menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada pertandingan karaoke terutama kepada juara, naib juara, dan tempat ketiga.

    1