Apr 91 min

Ketua AMK Sabah rasmi program Ihya Ramadan

Bulan Ramadan yang mulia diambil kesempatan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Zaidi Jatil untuk memenuhi undangan merasmikan Program Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Marudu 11, baru baru ini.

Menurut beliau, program tersebut merupakan wadah untuk mengukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah khasnya dalam kalangan warga sekolah

"Selaras dengan hasrat Perdana Menteri membentuk sebuah Malaysia Madani maka amatlah tepat pada masanya bagi umat Islam di negeri ini membina kembali kekuatan dalam diri terutama dalam bidang ekonomi yang dapat mengangkat dan memartabat umat Islam setanding bangsa-bangsa lain.

Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang kata beliau yang turut menyumbangkan buah tangan kepada anak-anak sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan berkenaan program bertema "Ramadhan Sejuta Rahmah" itu.

    1