Apr 91 min

‘Kesucian perjuangan demi generasi akan datang’ - Shamsul Iskandar

Oleh: Abdullah Zaid

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengambil peluang memberi ucapan buat seluruh ahli KEADILAN dalam menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Menerusi satu kenyataan, Shamsul mendoakan kesejahteraan kepada seluruh warga KEADILAN selain mengingatkan pemergian bulan Ramadan agar dapat memberi keinsafan kepada semua umat Islam.

"Syukur ke atas hadrat Allah SWT, kita bersama menyambut Aidilfitri Mubarak, Kullu Am Wa Antum Bilkhair Minal A’idin Wal Faizin Wal Makhbulin saya ucapkan kepada seluruh warga KEADILAN.

"Semoga madrasah Ramadan tahun ini telah dapat kita lalui dengan penuh keinsafan dan keluar darinya dengan kecemerlangan. Kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri," katanya.

Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu lagi, KEADILAN akan terus mendokong prinsip reformasi idea dan perjuangan yang dibawanya sejak 25 tahun lalu.

"KEADILAN akan terus membela nasib rakyat bersama dalam kerajaan PERPADUAN MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tanpa mengira agama dan kaum.

"Saya mendoakan agar kesucian perjuangan ini dapat diteruskan dengan lebih komited demi masa depan negara dan generasi akan datang.

"Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd. Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin," ujarnya lagi.

    1