Jul 19, 20211 min

Kerajaan Tak Gagal, Rakyat Yang Gagal Bantu Kerajaan?

Siapakah yang bersalah? Kerajaan atau Rakyat?

Peningkatan kes positif Covid 19 seakan seiring dengan suhu politik di Malaysia. Angka baharu dicipta saban hari dengan jumlah tertinggi direkodkan hari ni sehingga melebihi 13k kes sehari.

Sektor yang menyumbang jumlah kluster tertinggi terus diberikan keizinan untuk beroperasi seakan-akan menyampaikan mesej jelas bahawa kerajaan seolah-olah ingin terus mencatat peningkatan jangkitan Covid 19.

Budaya menyalahkan orang lain tidak hanya dilihat jelas pada kepincangan pengurusan malah merebak sehingga rakyat pula kini dipersalahkan, rakyat yang dilihat gagal mengurus dan membantu kerajaan mengawal Covid 19.

Apa yang sebenarnya kerajaan mahukan? sampai bila, rakyat yang telah terkurung sekian lama harus membayar segala kerosakan yang berlaku hasil dari kerosakan yang dibuat oleh pimpinan dari sebuah kerajaan yang Gagal ini?

    0