Oct 12, 20201 min

Kerajaan PN Retorik, Tak Jamin Bela Melayu

Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berpendapat retorik Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu membela Melayu tidak lebih hanyalah janji manis yang tidak mungkin mampu ditunaikan.

Katanya, kerajaan PN sendiri kelihatannya bersifat status quo dan mengekalkan sahaja dasar-dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tanpa menunjukkan mereka meluluskan dasar khas membela Melayu.

Bagi Fadhlina, kerajaan PN lebih banyak menghadiahkan politik yang tidak stabil kepada Malaysia daripada membela Melayu

Menurutnya, tidak mungkin PN akan mampu menggariskan dasar komprehensif membela Melayu kerana gabungan tersebut bukan seperti PH yang melalui perundingan antara parti dan kaum yang panjang dan matang.

Justeru, Fadhlina menasihatkan rakyat Malaysia jangan termakan janji PN, apatah lagi politik perkauman yang dibawa mereka

Bagaimanapun, Fadhlina tidak menolak ada isu-isu tertentu yang dibangkitkan sesuatu kaum perlu diberi perhatian khusus misalnya dari segi kuasa, pembahagian ekonomi adail.

Namun hal itu tidak bermakna mengetepikan hak kaum lain atau berlakunya penindasan.

    1