Nov 28, 20221 min

Kerajaan Perpaduan perlu bersih daripada gejala rasuah

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) seharusnya bersih daripada unsur unsur rasuah terutama dalam lantikan ke Kabinet.

Hal itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Katanya, biar pun Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terikat kepada janji tertentu terhadap parti parti politik yang bergabaung membentuk kerjaaan namun Menteri seharusnya dilantik daripada kalangan yang bersih.

"Saya Hassan Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang yang berkempen berdasarkan dasar utama PH untuk memerangi rasuah menyeru kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar supaya membentuk Jemaah Kabinet yang bersih dari gejala rasuah dan pecah amanah.

"Saya mohon PM supaya tidak melantik Ahli-ahli Parlimen yang ada kes mahkamah dalam pertuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi Menteri dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hassan, menteri kabinet yang bersih akan meningkatkan persepsi awam terhadap kerajaan Malaysia begitu juga pelabur asing yang akan menanam modal, akan lebih berkeyakinan.

"Kriteria ini hendaklah digunapakai secara adil kepada semua Ahli Parlimen tidak kira dari PH ataupun dari BN atau parti parti gabungan politik lain yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

"Hapuskan Rasuah. Ini janji kita," katanya lagi.

    2