Nov 6, 20231 min

Kerajaan komited kurangkan jurang pendidikan di pendalaman

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi komitmen untuk mengurangkan jurang pendidikan khususnya di sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Bercakap dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Pusat Konvensyen Sime Darby, di Kuala Lumpur pada Ahad, Fadhlina menegaskan kementeriannya akan melaksana segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu.

"Pembangunan sekolah daif merupakan antara keutamaan kementerian. Dalam belanjawan kali ini, selain sekolah daif ia juga berkisar tentang pembinaan sekolah-sekolah baharu, tidak langsung meminggirkan Sabah dan Sarawak.

"Kita ingin wujudkan keseimbangan dari segi pendidikan misalnya kurikulum, sahsiah termasuk pembangunan dan infrastruktur sekolah," katanya dipetik.

Pada majlis itu, Muhammad Nazmi Rosli, guru dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak diumum penenang anugerah sekaligus memenangi hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM50,000.

Empat lagi finalis yang lain, menerima hadiah wang tunai RM5,000 setiap seorang.

Sebagai rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 baru-baru ini mengumumkan peruntukkan RM58.7 bilion kepada KPM.

Jumlah itu meningkat RM3.5 juta berbanding RM55.2 bilion yang diperuntukkan kepada KPM pada 2023

    1