Dec 2, 20221 min

Kenderaan rasmi bawa PM dilihat masuki Istana Negara

Kenderaan membawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan memasuki Istana Negara pada pukul 8.22 pagi ini.

Berkemungkinan PM mempersembahkan senarai menteri kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini sebagaimana dinyatakan oleh Anwar dalam ucapan meraikan penyokong reformis malam tadi.

Dalam ucapan itu beliau membayangkan akan menghadap Agong pada pagi Jumaat dan menyerahkan senarai menteri kabinet.

"Kita terpaksa bergegas menyelesaikan masalah dengan semua komponen parti kerana kita harus segerakan untuk membentuk barisan jemaah menteri supaya diperkenan oleh Agong, supaya dapat kita umumkan dalam masa dua tiga hari ini.

"Setakat ini hampir seluruhnya beres dan saya akan perkemaskini, lepas cerakin, kita telusuri," katanya.

    1