Sep 23, 20211 min

KEADILAN Sarawak ucap takziah atas pemergian bapa MB Selangor

KEADILAN Sarawak mengucapkan takziah di atas pemergian ke rahmatullah bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh mewakili KEADILAN Sarawak turut bersedih di atas pemergian Allahyarham Shari bin Mokhsin.

"Parti Keadilan Rakyat Sarawak mendapat berita tentang kembali ke rahmatullah ayah kepada Datuk Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Amirudin Shari pada petang 21 September 2021.

"Keluarga besar KEADILAN Sarawak turut merasa sedih dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga besar Menteri Besar Selangor.

"Semoga segala urusan dipermudahkan dan didoakan Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman," kata Abang Zulkifli mewakili semua ahli dan kepimpinan KEADILAN Sarawak .

    0