May 4, 20211 min

KEADILAN Sarawak desak sidang khas DUN bincang isu pembelian vaksin

KEADILAN Sarawak menggesa kerajaan negeri Sarawak supaya mengadakan sidang khas DUN khusus untuk membincangkan pembelian vaksin Covid-19.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, sebarang keputusan perbelanjaan yang besar yang dilakukan oleh kerajaan perlu dibahas dan diluluskan oleh DUN.

"KEADILAN menyokong penuh hasrat kerajaan untuk membeli sendiri vaksin tersebut supaya mempercepatkan lagi proses vaksinasi rakyat di Sarawak.

"Apa yang kita lihat sekarang proses vaksinasi di Sarawak sangat lambat. Kerajaan tidak boleh semata mata berbelanja membelakangkan rakyat dengan alasan menggunakan undang-undang darurat," katanya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan pusat, sebaliknya terus membuat keputusan demi kesejahteraan rakyat negeri Sarawak.

"Kita tidak perlu tunduk kepada pusat kerana kita mempunyai atonomi sendiri. Kita boleh bebelanja sendiri kerana kita mampu.

"Dalam masa yang sama kita meyeru supaya rakyat terus menjaga kesihatan dan keselamatan sendiri serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berwajib," katanya.

    0