Mar 291 min

KEADILAN Sabah ukir senyuman penghuni Rumah Anak Kesayangan

Oleh: Abdullah Zaid

KEADILAN Sabah menghiasi kemeriahan Ramadan tahun ini dengan menganjurkan Program Ziarah Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim penghuni Rumah Anak Kesayangan.

Menerusi satu kenyataan, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN Sabah yang hadir memeriahkan program itu berkata, program tersebut dirancang untuk menceriakan anak anak yatim berkenaan menyambut Aidilfitri tanpa ibu atau bapa.

"Intipati program ini adalah untuk membawa anak-anak ini merasai suasana persediaan untuk Hari Raya yang menjelang tiba.

"Oleh itu, pihak kami membawa mereka untuk shopping raya bersama sama," katanya.

Jelas kenyataan itu, seramai 33 anak-anak dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun telah dibawa untuk membeli belah bagi persiapan hari raya kali ini.

"Anak-anak yatim ini diiringi oleh 5 orang ustazah daripada penghuni tersebut.

"Selain itu, sumbangan dana untuk membantu pengurusan rumah tersebut (diberikan) selain duit raya, perbelanjaan baju raja disumbangkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam," kata kenyataan itu lagi.

    1