Jul 19, 20201 min

KEADILAN Sabah nafi Cabang Kudat lumpuh

Naib Ketua KEADILAN Sabah, Kenny Chua menafikan dakwaan bahawa Cabang Kudat DUN Pitas lumpuh serta-merta.

Ini selepas bekas naib ketua KEADILAN Kudat, Ruddy Awah mengumumkan lebih 3,000 ahli Cabang Kudat keluar parti.

Kenny menjelaskan, beberapa cabang parti negeri itu sedang mengalami penstrukturan semula selepas Rahimah Majid serta penyokongnya dipecat daripada parti.

“Penstrukturan semula KEADILAN Kudat dipantau oleh Sazalye Donol yang juga penyelaras zon utara KEADILAN Sabah serta pemangku ketua KEADILAN Kudat, Bayan Sein,” katanya seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today.

Kenny yang juga merupakan ADUN Inanam menegaskan, KEADILAN Sabah menerima ramai keahlian baharu, sekali gus menafikan sebarang dakwaan bahawa terdapat ahli yang keluar parti.

“Tunjukkan jumlahnya kepada kami, siapa yang keluar parti?” soalnya.

Sebarang dakwaan pihak tertentu berkenaan dengan tindakan ahli keluar parti berkemungkinan datang daripada pengikut kepada pemimpin yang sudah dipecat, seperti Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yassin dan ADUN dilantik, Jafari William.

KEADILAN Sabah terdiri daripada lebih 130,000 ahli, negeri kedua terbanyak jumlah keahlian parti selepas Selangor.

    1