Feb 19, 20211 min

KEADILAN Pulai sumbang bekalan makanan bantu rakyat terjejas Covid 19

KEADILAN Cabang Pulai dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai baru-baru ini menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Permatang, Kempas.

Bantuan itu disampaikan oleh Ketua AMK Pulai, Faezuddin Puad (gambar, dua dari kiri) dan Ketua Cabang, Jimmy Puah Wee Tse.

Menurut Ketua AMK Pulai, bantuan yang diedarkan itu adalah sumbangan ikhlas daripada Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminuddin Harun kerana menyalurkan peruntukan untuk rakyat Johor," katanya.

Selain bantuan makanan, anak-anak kecil dari keluarga B40 dan miskin bandar turut diberi sumbangan beg sekolah.

Hadir sama dan membantu kelancaran program ialah En. Hambali, bekas Ketua Kampung Kempas era pentadbiran Pakatan Harapan.

Seramai 20 orang penerima bantuan bekalan makanan terdiri daripada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

    0