Oct 17, 20211 min

KEADILAN Pasir Raja santuni warga emas umur 99 tahun

KEADILAN Pasir Raja bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tenggara baru-baru ini menyantuni seorang warga emas berusia 99 tahun.

Menurut Penyelaras KEADILAN N35 Pasir Raja, Mohd Fakharuddin kunjungan tersebut dibuat untuk bertanya khabar selain memberi sedikit bantuan kepada warga emas berkenaan.

"Sambil-sambil bertanya khabar, kami menyerahkan sedikit sumbangan. Mudah mudahan, memberi sedikit kelegaan buat keluarga ini. Didoakan terus kuat dan sihat buat keluarga ini," katanya.

Lawatan tersebut dilakukan oleh Fakharuddin bersama wakil AMK, Muhammad Syaamil ke rumah warga emas terbabit di Felda Bukit Besar.

0