Jul 26, 20211 min

KEADILAN Kota Tinggi beri sumbangan kepada mangsa ribut

KEADILAN Kota Tinggi, Johor baru-baru ini memberi bantuan kepada mangsa ribut di beberapa kampung.

Menurut Ketua Penerangan Cabang KEADILAN Kota Tinggi, Ibrahim Md Nor, mereka memberi bantuan segera berupa barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa tersebutt.

"Lokasi yang dilanda bencana ribut ialah di Kg Sedili Besar, Kg Tengah, Kg Bukit , Kg Teluk Jeri Dalam dan Luar, Kg Seri Gading dan Tanjung Sedili.

"Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini," katanya.

Bantuan dihulurkan bersama Penyelaras KEADILAN DUN Sedili, Pn Hamidah serta AJK-AJK Cabang KEADILAN Kota Tinggi.

    0