May 5, 20211 min

KEADILAN Kluang, NGO beri sumbangan program Jelajah Prihatin

KEADILAN Cabang Kluang bersama NGO Jingga 13 baru-baru ini menganjurkan program jelajah prihatin memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kluang, Johan Arif, sebanyak 20 keluarga asnaf menerima sumbangan dalam jelajah itu.

"20 keluarga asnaf menerima sumbangan berupa beras, gula, minyak masak, susu, ketupat segera, kuih raya, dodol dan lain-lain.

"Jelajah bermula sekitar jam 4.30 petang. Destinasi pertama Sri Lalang dengan bantuan kepada 6 Keluarga, Ladang Coronation (4 keluarga), Kg Mengkibol (5 keluarga) dan beberapa taman perumahan berhampiran," katanya.

Turut hadir dalam jelajah itu ialah ADUN Mengkibol Chew Chong Sin, Ketua Cabang Kluang Saudara Kalytas, Setiausaha Cabang merangkap Koordinator Jingga 13 Kluang, Jaafar Matek dan pimpinan tempatan lain.

    0