Mar 5, 20211 min

KEADILAN Kluang beri bantuan kepada pesakit stroke

KEADILAN Kluang baru-baru ini menyumbang barangan makanan dan lampin pakai buang kepada warga emas yang ditimpa penyakit stroke.

Menurut Ketua Penerangan Cabang Kluang, Johan Arif Md Yusof, rombongan KEADILAN menziarahi Mohamad Shuib Mohd Nor di rumahny di Taman Sri Tengah.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah AJK NGO Jingga 13 Kluang dan Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat yang menyediakan barangan sumbangan.

    0