Apr 111 min

KEADILAN Kemaman agih sumbangan kepada anggota parti

KEADILAN Cabang Kemaman menghargai jentera penggerak Biro Komunikasi dan Penerangan dengan memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri baru baru ini.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, pihak biro sangat menghargai khidmat bakti jentera komunikasi cabang yang menjadi tulang belakang kepada kerja-kerja biro selama ini.

Sedikit sumbangan menyambut hari raya, katanya, sebagai tanda penghargaan daripada KEADILAN Kemaman.

"Dengan sedikit sumbangan daripada pihak biro dapat meringankan bebanan yang dihadapi, justeru memberikan sedikit kelegaan dan keceriaan kepada mereka bagi menyambut Aidilfitri kali ini," katanya.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman bertempat di surau Haji Abdul Rahman Limbong, di pusat bandar Chukai, Kemaman

    1