Jan 21, 20211 min

KEADILAN Kelantan ucap terima kasih bantuan RM500,000 Kerajaan Selangor

KEADILAN Kelantan merakamkan ribuan terima kasih terhadap bantuan RM500,000 ke atas mangsa banjir di negeri itu yang diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari semalam.

Ketua Penerangan Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan berkata, bantuan itu akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang kehilangan harta benda dalam malapetaka dua minggu lalu.

"Kita rakyat Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas bantuan keprihatinan Kerajaan Selangor di bawah Datuk Menteri Besar memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan sebanyak RM500,000.

"Cuma kita harapkan supaya bantuan tersebut dapat diagih sebaik yang mungkin kepada mereka yang ditimpa musibah banjir," katanya kepada Suara Keadilan.

Semalam Menteri Besar Selangor mengumumkan bantuan rasmi berjumlah RM1 juta kepada rakyat Pahang, RM500,000 kepada rakyat Kelantan dan RM500,000 kepada rakyat Terengganu dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Selangor.

    0