Apr 22, 20211 min

KEADILAN Johor lantik 5 anggota AMK sebagai Penyelaras Parlimen, DUN

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor telah melantik lima ahli AMK Johor sebagai Penyelaras Parlimen atau DUN mewakili KEADILAN dengan diketuai oleh R. Yuneswaran bagi Parlimen Segamat.

Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan partinya meletakkan kepercayaan kepada golongan belia.

"Sudah pasti akan ada yang mempertikaikan mahupun mempersoalkan kemampuan anak muda manakala bebanan yang dipikul bukanlah sesuatu yang mudah.

"Anggaplah sebagai satu cabaran. Tetapi itulah KEADILAN, bersedia mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada yang muda-muda," katanya.

Justeru, beliau berharap anggota AMK dapat membalas kepercayaan tersebut.

"Moga rakan-rakan seperjuangan dapat memikul amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya dan meneruskan perjuangan Reformasi membawa kebaikan kepada masyarakat.

"Mohon sokongan dan bimbingan buat mereka. Insya-Allah kita yakinkan rakyat melalui gerak kerja," katanya.

    0