Apr 151 min

KEADILAN Cabang Penampang terima kemasukan 100 ahli baharu

KEADILAN Cabang Penampang, Sabah semalam menerima 100 keahlian baharu dan merasmikan dua Ranting dalam satu majlis jamuan.

Menurut kenyataan, Ranting Kampung Mangkatadan dan Ranting Kampung Rugading dirasmikan oleh Ketua Cabang KEADILAN, Joseph Alex Chang.

"Seramai 100 orang mendaftar dalam kemasukan daftar ahli baru Parti Keadilan Rakyat kali ini.

"Kehadiran masyarakat meriah. Ketua Cabang Penampang, Joseph Alex Chang turut mengagihkan beras kepada golongan yang memerlukan dalam pertemuan itu," kata kenyataan berkenaan.

Turut hadir ialah Naib Ketua Cabang Penampang, Eldridge Laurence Timis berserta AJK KEADILAN Penampang.

    1