Sep 23, 20211 min

KEADILAN Cabang Jasin ikhtiar bantu rakyat terjejas Covid 19

Walaupun Melaka beralih ke Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tetap meneruskan usaha meringankan beban masyarakat setempat.

Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Jasin, Mohd Faizal Daud, inisiatif berterusan melalui bantuan bakul makanan diadakan di sekitar Selandar, Chabau dan Bemban baru baru ini, bertujuan menyantuni masyarakat di samping menghulurkan bantuan bakul makanan.

"Kita sedari dalam Fasa 2 PPN ini masih ada masyarakat yang perlukan bantuan walaupun kelonggaran telah dberikan secara berperingkat untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

"Kita juga berharap agar kadar vaksinisasi di Melaka dapat mencapai kadar peratusan yang tinggi dalam usaha bersama mencapai imuniti kelompok dan beralih kepada Fasa 3 PPN menjelang akhir bulan September ini," katanya.

Turut sama, Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim, Ketua Wanita KEADILAN Jasin, Noranizah Abdul Karim dan Pengerusi Penggerak Harapan Rakyat, Syamsul Iqbal Mohd Akin.

    0