Jan 181 min

KEADILAN Baram lawat IPD Marudi, santuni penguatkuasa

Oleh: Abdullah Zaid

Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Baram baru baru ini mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi.

Ketua Cabangnya, Roland Engan berkata rangka lawatan KEADILAN Baram adalah mendekati penjawat awam selain membincangkan isu antaranya pentadbiran, logistik, perjawatan dan dadah

"Ketua Polis Daerah, Ketua Bahagian Cawangan Khas dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah telah memberi penerangan tentang isu-isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Roland yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak dan peguam turut bertukar pandangan untuk penambah-baikan yang perlu untuk PDRM di Baram.

"Ia turut merangkumi IPD Marudi, Balai Polis Marudi, Balai Polis Beluru, Balai Polis Long Lama, Balai Polis Mulu dan Balai Polis Bario yang kesemuanya di bawah bidangkuasa IPD Marudi," ujarnya.

    1