Jul 25, 20211 min

KEADILAN Ampang agih sayuran percuma bantu penduduk B40

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berlarutan sejak 2 bulan lalu menyebabkan banyak warga B40 di Parlimen Ampang, Selangor mengalami kekurangan atau kehilangan pendapatan.

Sehubungan itu, KEADILAN Ampang menghidupkan semula program bantuan sayur-sayuran percuma yang telah dihentikan sejak 6 bulan lalu.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, baru-baru ini sebanyak 2 lori sayur dihantar ke Pangsapuri Sri Nilam di bawah kelolaan saudara Sunderadievel, Ketua Ranting KEADILAN Ampang Campuran untuk diserahkan kepada penduduk.

"Sayur-sayuran segar seperti sawi, bawang, tomato dan kangkong ini dibawa dari pasar borong

"Sungguhpun 2 lori sayur nampak banyak, program ini berakhir dalam 2 jam atas kehadiran pasukan KEADILAN yang efektif," katanya.

Dalam program itu, saudara Rosman, Ketua Ranting Pangsapuri Seri Nilam mengucapkan perhargaan kepada sumbangan daripada Sunder yang sering menolong penduduk di sana.

Tambah Andre, kemuafakatan antara ranting-ranting KEADILAN dalam kawasan yang berdekatan memupuk semangat muhibbah ketika masa-masa genting seperti ini.

"Program ini dijangka akan berterusan ke Taman Sri Watan, Lembah Jaya dan Ampang Campuran dalam minggu-minggu akan datang," katanya lagi.

Turut serta dalam program ini adalah Ee Wei Liang, Ketua Kampung Baru Ampang dan Norsiah, Ahli Majlis MPAJ .

    0