Nov 28, 20221 min

Kabinet akan diumumkan sesegera mungkin - Anwar

Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan beliau akan mengumumkan barisan kabinetnya sesegera mungkin sebaik sahaja selesai mendapat cadangan nama nama Menteri daripada parti parti yang membentuk kerajaan.

Hal itu ditegaskan kepada wartawan seusai mesyuarat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang tadi.

"Kabinet prosesnya semua boleh bagi cadangan dan serahkan kepada saya (untuk) buat keputusan

"(Namun) tidak seperti mana biasa, Kerajaan Perpaduan melibatkan banyak parti. Jadi saya sebelum buat keputusan mesti dengar semua pandangan dan masalahnya, jumlah kabinet itu dikecilkan (saiz kabinet). Kalau dulu dia masuk saja 50 (Menteri) ok, 60 ok, 70 ok. Tak cukup lagi duta khas. Tak cukup lagi Penasihat Khas. Saya tak buat begitu," katanya.

Ditanya menegnai pendapat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh bawa Undi Percaya tidak perlu diadakan selepas mendapat sokongan parti parti yang mencukupkan majoriti di Dewan Rakyat, Anwar berkata, Undi Percaya akan diteruskan bagi mendapatkan keabsahan.

"Ya benar (tidak perlu). Ramkarpal gunakan isu penafsiran Perlembagaan kerana majoriti telah jelas. Tetapi saya juga bincang tadi bukan sahaja soal Perlembagaan tetapi keabsahan juga dari segi persepsi politik itu penting. Kita akan teruskan Undi Percaya pada 19 November ini," katanya lagi.

    1