Sep 24, 20221 min

JK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen lawat pos kawalan sempadan di Sarawak

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul (gambar atas, tiga dari kiri) bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen baru baru ini dibawa melawat ke pos kawalan sempadan Malaysia - Indonesia di perbatasan Sarawak.

Menurut Johari, selain melawat pos kawalan mereka juga dibawa ke rumah panjang dan melawat beberapa empangan besar di Bumi Kenyalang.

"Saya bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen telah dibawa melawat ke Rumah Panjang Long Singut dan menikmati hidangan makan tengah hari sebelum melakukan lawatan ke tapak projek yang bakal dijadikan pos kawalan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

"Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil dari beberapa agensi kerajaan merangkumi pihak kerajaan negeri serta keselamatan.

"Pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan turut dibawa oleh Ahli Parlimen Hulu Rejang melawat 3 empangan terbesar di Sarawak iaitu Empangan Bakun, Murun dan Baleh," katanya.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan ikut serta dalam lawatan tersebut.

Ahli Jawatankuasa turut melawat rumah panjang Long Singut di perbatasan Malaysia - Indonesia

    0